Najib rayu jangan mansuh ADAM50, boleh jenamakan semula

Catatan FB Datuk Seri Najib Tun Razak

21 Disember 2018

Saya amat sedih dengan pengumuman kerajaan PH bahawa Amanah Dana Anak Malaysia (ADAM50) akan dimansuhkan bermula tahun depan dengan menggunakan cerita dongeng PH hutang negara RM1 trilion sebagai alasan.

Di bawah ADAM50, bayi yang lahir mulai 1 Jan 2018 hingga 31 Dis 2022 akan menerima dana tabungan permulaan RM200 percuma menerusi unit ASB bagi Bumiputera dan Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) utuk bukan Bumiputera.

(AS1M pun sudah dijenamakan semula kepada Amanah Saham Malaysia 3).

Simpanan ini hanya boleh dikeluarkan selepas anak itu mencapai umur 18 tahun.

ADAM50 merupakan dana pertama dalam sejarah negara ini bertujuan untuk menggalakkan simpanan peribadi untuk ibu bapa muda.

Niat saya untuk mewujudkan ADAM50 ialah untuk galakkan minda rakyat supaya menyimpan untuk masa depan. Ramai orang kita yang tidak menjangka keperluan kita dan anak kita pada masa depan.

Bila dah ada akaun ASB atau AS1M, ibubapa boleh menyumbang berdikit-dikit dan lama-kelamaan ianya akan bertambah sehingga cukup untuk menampung keperluan kewangan apabila anak mereka masuk universiti,

Walaupun ibu bapa tidak tambah langsung, wang permulaan RM200 ini akan menjadi sekitar RM587, tapi kalau tambah RM10 sebulan ia akan meningkat kepada RM4,000 manakala RM50 sebulan akan jadi RM20,000 dan kalau RM100 akan jadi RM40,000 apabila umur anak ini cukup 18 tahun,

Satu lagi bantuan dan insentif yang baik untuk rakyat telah dimansuhkan oleh kerajaan PH.

Kalau tak suka nama ADAM50, boleh jenamakan semula kepada GuanEng50. Maszlee50 ke atau MatSabu50 pun boleh.

Janganlah mansuh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: