Muqhriz FC jagoan futsal Baram

Pasukan Muqhriz FC membuktikan mereka jagoan Baram setelah menjuarai Kejohanan Futsal Tertutup Baram 2018, Piala Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Marudi, Datu Dr Penguang Manggil yang diadakan di padang Futsal Majlis Daerah Marudi (MDM).

Tempat kedua dimenangi Gudang FC yang tewas dalam perlawanan akhir, pasukan Ex. Marudian pula sekadar berpuas hati di tempat ketiga setelah menewaskan Putra Bersatu FT.

Johan menerima hadiah wang tunai RM400, tempat kedua RM 300 manakala tempat ketiga RM 200 beserta medal dan juga piala.

Kejayaan pasukan Muqhriz FC lebih manis apabila pemain mereka Ahmad Mujahid diumumkan sebagai pemain terbaik kejohanan manakala Faizal
diumumkan sebagai penyaring terbanyak kejohanan.

Putra Bersatu FC pula muncul sebagai pasukan terbaik kejohanan.

Sebanyak 12 pasukan menyertai pertandingan anjuran Kelab Rekreasi Benawa itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: