Mudahkah Sarawak untuk ditawan PH?

Laungan ‘perang’ menuju Pilihan Raya Negeri Sarawak telah diisytihar oleh PKR menerusi Kongres parti di shah Alam pada Ahad.

Kemenangan PKR (parti tunjang dalam kerajaan PH) dilihat penting bagi parti itu.

Wan Azizah Wan Ismail, bekas presiden PKR merangkap Timbalan Perdana Menteri menerusi laporan Malaysiakini berkata:

“Bagi memastikan nasib rakyat Sarawak lebih dijaga apabila kita berjaya menawan negeri itu, seperti yang terjadi di Sabah.”

Manakala timbalan presiden PKR yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali mengingatkan anggota parti bersiap sedia agar matlamat menawan Sarawak dapat direalisasi.

“Ayuh kita berkampung di Sarawak kalau boleh menang di Johor dan Melaka saya yakin kita boleh menang di Sarawak,” katanya dipetik menerusi laporan Awani.

Sarawak yang mengadakan Pilihan Raya Negeri pada 2016 dijadual mengadakan pilihan raya selewat-lewatnya pada 2021.

Pada pilihan raya negeri terdahulu, Barisan Nasional membentuk kerajaan negeri yang dianggotai parti komponen PBB, PRS, SUPP dan SPDP.

BN Sarawak ketika itu menang besar dengan 72 daripada 82 kerusi ketika dibawah pimpinan Adenan Satem.

Ekoran kekalahan BN pada Pilihan Raya Umum Mei 2018, empat parti komponen keluar daripada BN.

Dan kini, PBB, PRS, SUPP dan SPDP dalam proses mendaftarkan parti gabungan baru – Gabungan Parti Sarawak atau GPS.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: