Mohd Bustaman bersara, Salmi dilantik Pemangku Panglima 3 Briged

KUCHING: Leftenan Kolonel Salmi Istikh Ahmad dilantik sebagai Pemangku Panglima 3 Briged yang ke-35 menggantikan Brigidier Jeneral, Mohd Bustaman Mat Zin yang bersara.

Upacara Perbarisan Serah Terima Tugas Panglima Briged Ketiga Infantri Malaysia telah diadakan di padang kawad Kem Semenggo 11 RAMD hari ini.

Majlis menandatangani Nota Serah Terima Tugas serta penyerahan Tongkat Kuasa Panglima 3 Briged telah disaksikan oleh Panglima 1 Divisyen, Mejar Jeneral, Dato’ Toh Choon Siang.

Dalam ucapannya, Mohd Bustaman menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua warga 3 Briged yang selama ini telah memberikan kerjasama dan sokongan kepada beliau dalam menjalankan tugasnya sebagai Panglima 3 Briged selama tempoh 2 tahun 6 bulan.

“Saya berharap semua peringkat pegawai dan anggota terus memberikan kesetiaan dan komitmen yang tidak berbelah kepada Pemangku Panglima 3 Briged yang baru demi kecermerlangan organisasi secara keseluruhannya,” katanya.

.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: