Misteri bau busuk mungkin petanda mayat Fatihah?

SARATOK:Operasi Mencari dan Menyelamat(SAR) kanak-kanak perempuan Orang Kelainan Upaya(OKU),Nur Syahadah Fatihah Imam,10, yang memasuki hari keempat masih gagal membuahkan hasil.

Dalam SAR hari ini anggota penyelamat menemui petunjuk terhidu bau bangkai manusia tidak jauh dari sekitar Kampung Paloh.

Namun,ia tidak dapat disahkan sama ada mempunyai kaitan mayat Fatihah atau bau busuk bangkai haiwan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata,operasi hari ini diteruskan lagi dengan pencarian diperluaskan sejauh lapan kilometer menghala ke Pantai Tanjung Kembang dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh.

“Turut serta dalam operasi SAR adalah Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir,”katanya di sini hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: