Mereka yang berumur 18 tahun ke atas berisiko menghidap diabetes

KOTA SAMARAHAN: Dianggarkan seramai 2.6 juta orang dewasa di Malaysia menghidap diabetes berumur 18 tahun ke atas, malah negara ini berada dikedudukan teratas sekali di Asia.

Pegawai Kesihatan Bahagian Samarahan, Dr Nur Fatihah Oh Abdullah berkata,ini menunjukkan bahawa seramai satu daripada lima orang dewasa adalah penghidap diabetes.

“70 hingga 80 peratus penghidap diabetes adalah disebabkan obesiti dan bermula dengan diabetes tahap kedua yang kini turut dihidapi kanak-kanak pada usia muda,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di sambutan Hari Diabetes Sedunia Peringkat Bahagian Samarahan di Pusat Membeli-Belah The Summer di sini hari ini.

Sambutan yang disertai masyarakat sekitar dimeriahkan dengan acara pertandingan mewarna,aerobaton dan diabetes fun run serta saringan kesihatan.

Katanya, bagi negeri Sarawak jumlah mereka yang menghidap diabetes terus meningkat secara berterusan iaitu pada kadar dua kali ganda pada setiap lima tahun iaitu daripada 12.3 peratus pada tahun 2010 kepada 14.8 peratus pada tahun 2015.

“Jumlah ini dijangka meningkat kepada 16 peratus pada tahun 2020 jika masyarakat terus mengabaikan amalan hidup sihat,”katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: