Mengapa risau dengan cukai jualan petroleum?

Seorang aktivitis, Lina Soo, mempersoalkan mengapa ada warga yang risau dan menolak apabila kerajaan Sarawak mengenakan cukai jualan terhadap syarikat-syarikat minyak dan gas beroperasi di negeri ini.

“Cukai jualan 5% dikenakan terhadap Petronas, MLNG dan syarikat minyak yang mengambil minyak dan gas kita,” catat Lina di Facebooknya hari ini.

Lina Soo terkenal sebagai aktivis pendesak agar hak autonomi Sarawak yang terhakis seperti terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 dikembalikan oleh kerajaan Persekutuan kepada kerajaan Sarawak.

Pada 1 Januari 2019, kerajaan Sarawak akan mengenakan cukai terhadap beberapa produk petroleum.

Ini adalah bagi menambah hasil kewangan negeri yang menurut Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Hj Johari Tun Abang Hj Openg akan digunakan untuk merancakkan projek-projek pembangunan.

Percukaian itu diumum Ketua Menteri pada pembentangan Rang Undang-undang Perbekalan (2016) menerusi sidang Dewan Undangan Negeri Sarawak pada 5 November 2018.

Bagaimanapun, ia dipersoalkan oleh beberapa pihak termasuk ahli politik pembangkang di peringkat negeri.

Pihak berkenaan mendakwa tindakan itu akan menaikkan kos pengeluaran, seterusnya memberi kesan harga pengguna dan menjejaskan industri itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: