Mendapan berlaku di Jalan Sri Aman-Kuching, sebuah lori tersangkut dalam lubang

SRI AMAN: Mendapan telah berlaku di Kilometer 53 Jalan Sri Aman-Kuching awal pagi tadi menyebabkan laluan itu terputus.

Kejadian yang berlaku pada jam 4.20 pagi itu juga menyebabkan sebuah lori tersangkut ketika melalui jalan tersebut.

Menurut Sumber,kejadian ini telah menghalang pergerakan lalulintas dari kedua – dua arah.

“Anggota Polis dari IPD Sri Aman telah berada ditempat kejadian untuk mengawal pergerakan lalulintas,”katanya di sini hari ini.

Katanya,pekerja Naim Gamuda juga telah berada ditempat kejadian untuk kerja pembaikan segera jalan.

Sehubungan itu,pengguna jalan raya dinasihatkan berhati-hati ketika melalui laluan itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: