Mayat remaja lemas di sungai ditemui

Selepas tiga hari hilang, mayat seorang remaja yang dikhuatiri lemas di Kampung Terus, Oya, Mukah ditemui orang awam kira-kira dua kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Sarawak Voice melaporkan mangsa ditemui sekitar jam 8.30 pagi selepas lebih satu jam operasi hari ketiga dilancarkan sekitar jam 7.30 pagi Isnin.

Pencarian pada awalnya melibatkan radius pencarian lima kilometer secara pencarian permukaan, termasuk menyusur kedua-dua tebing sungai.

Mayat Rabani Abdul Razak, 14 tahun kemudian telah diserahkan kepada pihak polis dan sebelum dihantar ke Hospital Dalat, di sini.

Susulan penemuan tersebut, keseluruhan operasi yang berlangsung tiga hari melibatkan lima anggota bomba, enam anggota polis, lapan anggota Angkatan Pertahanan Awam dan 11 anggota Rela serta penduduk kampung ditamatkan sekitar jam 8.50 pagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: