Mayat remaja lemas di Dalat masih belum ditemui

MUKAH: Operasi mencari dan menyelamat(SAR), seorang remaja, Rabani Abduk Razak,14, yang lemas di sungai Kampung Terus Oya,Dalat, di tangguhkan petang ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata,operasi yang memasuki hari kedua itu dihentikan pada jam 6 petang dan akan disambung esok.

“Ketika meneruskan operasi SAR dengan kaedah pencarian di air sejauh dua kilometer ke tiga kilometer dimana mangsa dikatakan lemas serta disekitaran pesisir kiri dan kanan sungai,”katanya di sini hari ini.

Katanya, turut membantu dalam operasi SAR itu ialah pihak polis,APM,Rela serta penduduk kampung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: