Mayat bayi ditemui berhampiran masjid Muara Mongkos

SERIAN:Angkara siapa?Mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui berhampiran masjid Muara Mongkos di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Serian DSP Aswandy Anis berkata, mayat bayi malang itu dijumpai pada jam 8 pagi.

“Kita telah menerima panggilan daripada orang awam memberitahu menjumpai mayat seorang bayi.

“Mayat bayi tersebut masih bertali pusat dan terdapat kesan gigitan binatang pada bahagian tangan dan pingang bayi,”katanya di sini hari ini.

Katanya,pihak forensik telah dipanggil untuk membantu menjalankan siasatan.

“Bedah siasat akan dibuat dalam masa terdekat untuk mengenalpasti punca kematian,”katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: