Mat Yo ke Sarawak?

Selain menjadi naib juara Piala AFF Suzuki 2018, pasukan Harimau Malaya juga harus berbangga dengan pencapaian penyerang senior Norshahrul Idlan yang berjaya menjadi penjaring kedua terbanyak kejohanan dengan 5 gol dibelakang pemain Thailand, Adisak Kraisorn (8 gol).

Mencecah usia 32 tahun, Norshahrul atau lebih popular dikenali sebagai Mat Yo ternyata masih berbisa biarpun pada suatu masa dikatakan sudah mencapai kemuncak kerjayanya setelah berkelana dibeberapa buah pasukan Liga Malaysia.

Terbaru melalui sumber sayangsarawak.my, presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) Dato Posa Majais yang juga merupakan pengurus pasukan Harimau Malaya disepanjang kejohanan Piala AFF Suzuki cuba “memancing” Mat Yo untuk menyertai pasukan Sarawak untuk saingan Liga Premier 2019 nanti.

Menurut sumber berkenaan, Posa sudah pun “berbisik” dengan Mat Yo ketika bersama kem bolasepak Harimau Malaya diperingkat kumpulan lagi ketika pemain berasal daripada Besut, Terengganu tersebut mula menunjukan bisa sebenar beliau.

Namun difahamkan Mat Yo masih mempertimbangkan tawaran tersebut.

Dan sekiranya Mat Yo menerima tawaran Sarawak, berkemungkinan beliau akan digandingkan bersama penjaring terbanyak tempatan Liga Premier 2018, Bobby Gonzales dibahagian serangan bersama dengan hampir 95% muka baharu skuad Ngap Sayot 2019.

Dan dengan sumber kewangan FAS yang digembar-gembur sekian lama, mampukah pasukan Ngap Sayot memiliki Mat Yo!?

Apa pandangan penyokong Sarawak?

#sayangsarawak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: