MASwings tamat penerbangan Kuching ke Sibu, Bintulu dan Miri

Syarikat penerbangan MASwings hari ini mengumumkan untuk menamatkan penerbangan domestik di Sarawak mulai 1 Januari 2019.

Syarikat itu dalam satu pengumuman menjelaskan, penerbangan terlibat termasuk Kuching-Sibu-Kuching; Kuching-Bintulu-Kuching; dan, Kuching-Miri-Kuching.

“Begitu juga bagi negeri Sabah, ia membabitkan penerbangan Kota Kinabalu-Sandakan-Kota Kinabalu; Kota Kinabalu-Tawau-Kota Kinabalu; Kota Kinabalu-Miri-Kota Kinabalu; Kota Kinabalu-Sibu-Kota Kinabalu dan Kota Kinabalu-Bintulu-Kota Kinabalu,” kata kenyataan itu.

Keputusan untuk menamatkan penerbangan terbabit berdasarkan keputusan Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pengangkutan sebagai salah satu daripada perjanjian tanggungjawab khidmat awam di antara kementerian itu dan MASwings.

Bagaimanapun, ia tidak mengganggu perkhidmatan udara di negeri ini memandangkan terdapat perkhidmatan yang sama ditawar syarikat penerbangan lain.

Kenyataan itu menyebut, semua penerbangan laluan terbabit akan berakhir pada 31 Disember ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: