Mahkota Dewa Gedong ‘Raja Sungai Lingga’

Selepas mengesahkan sebagai Raja Sungai Batang Lupar di Pesta Benak Sri Aman baru-baru ini,pengkayuh Mahkota Dewa Gedong sekali lagi memperagakan kayuhan bertenaga apabila dinobatkan gelaran Raja Sungai Lingga sempena Regata Pesta Lingga 2018 yang berakhir petang tadi.

Terlebih dahulu dalam saingan akhir bidar 30 pengkayuh(lelaki) itu Mahkota Dewa Gedong diberi saingan sengit oleh Barracuda dari Pusa yang sekadar berpuas hati di tempat kedua.

Selaku juara pasukan Mahkota Dewa Gedong membawa balik Piala Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Lingga, Simoi Peri, hadiah wang tunai RM5,000, piala kejuaraan daripada pihak penganjur.

Pasukan Barracuda yang memenangi tempat kedua pula menerima hadiah wang tunai RM3,000 dan piala.

Tempat ketiga pula dimenangi Walit Gold Stumbin dengan hadiah wang tunai sebanyak RM2,000 dan piala.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: