Lori treler bawa muatan sawit terbabit kemalangan

KUCHING: Sebuah lori tangki treler yang membawa muatan minyak kelapa sawit terlibat dalam kemalangan kendiri apabila lori yang dipandu hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan di Jalan Batu 34 Tarat, Jalan Kuching-Serian petang tadi.

Bagaimanapun, pemandu treler berkenaan terselamat dalam kejadian itu.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 5.05 petang.

“Pihak Bomba bertindak memotong besi pembahagi jalan menggunakan peralatan khas menyelamat untuk mengeluarkan lori treler yang tersangkut di pembahagi jalan,”katanya di sini hari ini.

Katanya,lori treler yang membawa muatan minyak sawit berjaya dikeluarkan dan dialihkan ke tepi jalan seterusnya pihak Bomba membersih tumpahan minyak di atas jalan raya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: