Lori bawa ikan terbabit kemalangan

KUCHING:Sebuah lori yang membawa muatan ikan terlibat dalam kemalangan dengan sebuah Perodua Axia di Jalan Bako,Demak Laut di sini malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 11.26 malam.

“Pemandu lori mengalami kecedaraan ringan manakala pemandu Axia mengalami kecederaan parah dan tersepit,”katanya di sini hari ini.

Katanya,pemandu Axia berjaya dikeluarkan oleh pihak Bomba dan dibawa oleh pihak ambulans ke hospital.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: