Lori 10 tan hempap motosikal

KUCHING:Sebuah lori 10 tan yang membawa muatan tanah terlibat dalam kemalangan lalu menghempap sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang lelaki dan dua buah kenderaan Perodua Myvi dan Perodua Kancil di lampu isyarat Malihah,Jalan Batu Kawa di sini pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kes itu pada jam 11.35 pagi dan kejadian berlaku ketika lori membelok di selekoh lampu isyarat Taman Malihah.

“Anggota Bomba yang tiba di lokasi bertindak mengeluarkan seorang mangsa motosikal yang dihempap di bahagian kepala lori dengan peralatan menyelamat.

“Mangsa kemudiannya diberi rawatan awal oleh pihak ambulans Hospital Umum Sarawak (HUS) sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya,”katanya di sini hari ini.

Katanya, mangsa yang menggunakan kenderaan Perodua Myvi dan Perodua Kancil berjaya keluar menyelamatkan diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: