Loji Rawatan Sisa Cecair Sagu penyelesaian pencemaran alam sekitar dan tambah nilai buangan

Pembangunan loji rintis rawatan sisa cecair sagu ini bakal melakar sejarah dan meletakkan nama Mukah dipersada dunia kerana ianya adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia dan juga yang pertama di kalangan negara-negara pengeluar kanji sagu dunia.

Projek pembangunan yang bertujuan untuk mencari penyelesaian secara bersepadu kepada masalah pencemaran alam sekitar yang disebabkan oleh industri sagu dan pada masa yang sama mampu untuk menambah nilai sisa-sisa sagu yang dahulunya dibuang begitu sahaja.

Penyelidikan berhubung sisa sagu ini sejak tahun 2003 untuk memastikan industri ini alan terus lestari dari aspek alam sekitar, ekonomi dan sosial, sekaligus mampu menyumbang kepada kesejahteraan dan taraf hidup penduduk luar bandar.

Kita patut bangga kerana dengan berbekalkan kepakaran tempatan, kita telah berjaya membangunkan sebuah Loji Rawatan Sisa Sagu.

Ini adalah yang pertama seumpamanya di dunia. Perancangan strategik untuk loji ini adalah untuk menjana pendapatan sampingan kepada komuniti sagu khususnya di Sarawak melalui produk-produk tambah nilai hasil daripada sisa sagu yang telah dirawat. Contohnya penjanaan tenaga hijau dalam bentuk elektrik atau haba dan makanan haiwan ternakan.

Loji rintis adalah merupakan sebahagian dari pelan penyelidikan dan pembangunan holistik CRAUN dalam usahanya untuk mencari penyelesaian yang sering membelenggu industri ini.

Berharap agar segala usaha telah dilaksanakan akan dijadikan contoh atau model untuk diadaptasi oleh pengilang sagu yang lain agar dapat menyumbang ke arah pembangunan industri sagu sifar.

Pada 23 November 2019, loji rintis itu dilancarkan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg di tapaknya, Kampung Teh, Mukah.

ADUN Balingian, YB Abdul Yakub Bin Haji Arbi mengucapkan tahniah kepada pihak CRAUN kerana telah berjaya membangunkan projek loji ini dan sekaligus menganjurkan Majlis tersebut.

Antara intipati ucapannya, mewakili warga Mukah dan Balingian secara khususnya, beliau berterima kasih atas inisiatif pihak CRAUN yang selama ini sentiasa berusaha mengkaji dan menghasil teknologi terkini untuk membangunkan industri sagu di Sarawak.

Secara peribadi YB Abdul Yakub berasa bangga kerana pihak CRAUN memilih projek loji ini di Kampung Teh, Mukah yang telah berkolaborasi bersama pengilang sagu Nitsei Sago Industries yang mana pembangunan projek ini akan mengatasi masalah pencemaran, dan secara tidak langsung akan dapat membangunkan kawasan ini serta memberi manfaat kepada penduduk setempat.

Difahamkan terdapat beberapa projek sagu rintis yang lain oleh CRAUN hasil daripada teknologi-teknologi penyelidikan yang telah dibangunkan bersama dengan pekebun-pekebun kecil sagu seperti di kampung Senau, Oya dan TRB Jelupang Roban serta di stesen CRAUN yang terletak di Sungai Talau, Dalat.

Dengan teknologi yang dihasilkan oleh pihak CRAUN, diharapkan akan dapat membantu pekebun-pekebun sagu dalam usaha meningkatkan hasil tanaman sagu mereka dan seterusnya dapat meningkatkan hasil pendapatan bulanan.

Percaya industri sagu di Sarawak ini akan meningkat dan hasil yang diperoleh akan menyumbang kepada pendapatan dan ekonomi negeri sekaligus meningkatkan kesejahteraan pekebun-pekebun sagu.

Berharap agar segala usaha CRAUN selama ini mampu mengatasi beberapa isu yang dihadapi industri sagu dan diharapkan pekebun kecil sagu dapat mengadaptasi teknologi CRAUN supaya dapat meningkatkan produktiviti dan taraf sosio-ekonomi mereka.

Dengan ini berharap agar semua penduduk kampung khususnya penduduk Kampung Teh dan penduduk kampung yang berhampiran untuk bersama-sama menyokong usaha pihak CRAUN dalam membangunkan loji rintis ini untuk manfaat bersama.

Mengharapkan agar Loji Rintis Rawatan Sisa Cecair Sagu ini nanti akan berjaya seperti yang dirancangkan, dan mencapai tujuan pembangunan projek ini bagi keuntungan semua pihak terutamanya penduduk yang berhampiran.

[Sumber FB DUN N58 Balingian]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: