Loji rawatan air Manggut bekal air bersih ke 1,106 rumah

Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, dengan siapnya Loji Rawatan Air Manggut dengan kapasiti tiga juta liter sehari mampu membekalkan air bersih kepada 1,106 rumah di Kampung Supa, Kampung Medang, Kampung Tuie dan Kampung Serabang.

“Kerajaan di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mensasarkan liputan air bersih 100 peratus di seluruh negeri menjelang 2025,” ujarnya.

Dr Abdul Rahman berkata demikian ketika menghadiri sesi taklimat projek bekalan air bersih Dewan Serbaguna Abg Matasim Kampung Tuie di Pusa hari ini.

Menurutnya lagi, setakat ini liputan air bersih berada pada tahap 81.4 peratus.

Sehubungan itu, Dr Abdul Rahman berkata, untuk tujuan tersebut, kerajaan Sarawak memperuntukkan RM2.8 bilion membekalkan air bersih ke seluruh negeri.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas Mohd Razi Sitam dan Pengarah Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Chang Kiet Shien.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: