Logo GPS didedah 9 Jan?

Logo yang diviral

GPS atau Gabungan Parti Sarawak telah diumumkan kelulusan pendaftarannya pada November 2018.

GPS diumumkan penubuhannya pada 12 Jun 2018 oleh Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg.

Itu selepas PBB, PRS, PDP dan SUPP meninggalkan BN setelah PRU-14 pada Mei 2018.

BN tewas kepada PH pada pilihan raya umum penuh bersejarah kerana buat pertama kali pemerintahan BN ditumbangkan parti lawan.

Kembali mengenai logo GPS, ia diputuskan dengan cara menganjurkan pertandingan dibuka kepada orang ramai.

Logo terbaik, itulah yang dipilih.

Cerita mengenai majlis pelancaran logo itu sudah heboh di media sosial, malahan ada yang memviralkannya.

Borneo Post pada 5 Jan 2019 melaporkan Ketua Menteri Abg Jo yang juga pengerusi GPS dikatakan bakal menyempurnakan pelancaran logo pada 9 Januari 2019 di ibu pejabat PBB di Jalan Bako, Kuching pada pukul 10.30am.

GPS bakal berhadapan cabaran pilihan raya negeri yang pertama selewat-lewatnya pada tahun 2021.

Gabungan itu kini menguasai 72 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: