Lima buah rumah,tiga kenderaan terbakar di RPR Batu Kawa petang ini

KUCHING: Lima buah rumah teres setingkat terbakar di Rancangan Perumahan Rakyat(RPR) Batu Kawa, di sini petang ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata, tiga buah rumah terbakar 100 peratus manakala dua buah rumah lagi terbakar 50 peratus.

“Kita menerima laporan berhubung kes ini pada jam 4.18 petang dan bergegas ke tempat kejadian untuk menghulurkan bantuan.

“Turut terbakar dalam kejadian ini ialah tiga buah kenderaan iaitu sebuah Van,kereta perodua Kenari dan perodua Kancil,”katanya di sini hari ini.

Bagaimanapun,katanya,tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

“Kebakaran telah berjaya dikawal selepas sejam kejadian dan pada masa pada ini pihak Bomba masih menjalankan kerja-kerja pemadaman di lokasi kebakaran,”katanya.

.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: