Lelaki hilang di Kampung Entingan ditemui selamat

KOTA SAMARAHAN: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang di Kampung Entingan di sini ditemui dalam keadaan selamat pada jam 1.14 tengah hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata,Dublin Andrew Ajan,55,dijumpai dalam keadaan lemah oleh pasukan mencari dan menyelamat(SAR).

“Mangsa berjaya dijumpai dengan jarak dalam 700 meter dari Pusat Kawalan Bomba (PKB),”katanya.

Katanya, mangsa seterusnya dibawa ke hospital oleh ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk rawatan selanjutnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: