Lelaki cedera,kereta dipandu rempuh tiang lampu

KUCHING: Seorang lelaki cedera setelah kereta yang dipandunya merempuh tiang lampu jalan di jalan Semariang menuju ke Santubong awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 4.13 pagi.

“Kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Proton Saga BLM terlibat dalam kemalangan kendiri hilang.

“Anggota Bomba yang tiba di lokasi bertindak menstabilkan keadaan mangsa serta memberi rawatan awal,”katanya di sini hari ini.

Katanya, mangsa seterusnya dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: