Lelaki cedera tersepit, kereta jatuh parit

LUNDU: Seorang lelaki cedera setelah
kereta jenis proton saga yang dipandu hilang kawalan lalu terbabas sebelum jatuh ke dalam parit di tepi jalan Kampung Serayan Ulu awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 5.33 pagi.

“Kejadian ini menyebabkan Teng Liat,53
tersepit dibahagian pemandu berjaya dikeluarkan oleh pihak Bomba menggunakan peralatan menyelamat dan diberi rawatan awal oleh unit EMRS Bomba di lokasi kejadian,”katanya di sini hari ini.

Katanya,mangsa dibawa oleh pihak perubatan ke hospital Lundu untuk tindakan dan rawatan selanjutnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: