Lari tanker terjun gaung sedalam 15 meter, pemandu bernasib baik kerana selamat

BINTULU:Seorang pemandu lori tanker bernasib baik kerana terselamat walaupun mengalami kecederaan dalam kemalangan kendiri di Jalan Separai Tatau-Bintulu petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 5.30 petang.

“Lori tanker yang dipandu itu hilang kawalan lalu terbabas jatuh ke dalam gaung sedalam 15 meter dari jalan raya,”katanya di sini hari ini.

Katanya, pihak Bomba dengan bantuan dua buah jentera jengkaut (KATO) telah berjaya mengeluarkan seorang mangsa yang tersepit dengan selamat.

“Mangsa telah dihantar ke hospital Tatau menggunakan ambulans kesihatan untuk mendapat rawatan,”ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: