‘KJ ajar pakai filter Instagram, Nurul Izzah bagi tips sekolah anak, tidak bincang politik’, Rafizi tepis spekulasi tubuh parti orang muda

Rafizi Ramli hari ini menafikan laporan berita yang mempercayai beliau bersama Khairy Jamaluddin dan Nuruh Izzah Anwar akan menubuhkan parti baru.

Menerusi twitternya tengah hari Rabu, bekas Ahli Parlimen Pandan daripada PKR itu dalam gaya bahasa berseloroh menulis:

“Langsung tak bincang lompat ka, buat parti ka. KJ (Khairy) ajar saya mcm mana nak pakai filter Insta.

“(Nurul) Izzah bagi tips sekolah anak.

“Saya bagi tips macam mana nak gemuk,” tweet Rafizi yang turut diretweet oleh dua rakannya itu.

Tweet itu ditulis tidak lama susulan laporan BH Online yang bertajuk, “Khairy, Nurul Izzah, Rafizi bentuk parti orang muda?”

Laporan itu mengatakan tiga ahli politik muda itu dipercayai sedang menggerakkan satu wadah politik baharu berteraskan orang muda.

“Ia selepas tiga ikon orang muda ini dilihat semakin akrab berkongsi pandangan menerusi pertemuan, serta komen balas sesama mereka di media sosial sehingga menarik perhatian ramai.

“Spekulasi lebih kuat apabila Nurul Izzah membuat keputusan mengejut meletakkan jawatan Naib Presiden PKR kelmarin manakala Khairy Jamaluddin semakin terbuka mengkritik kepemimpinan tertinggi UMNO,” laporan itu dipetik.

Mereka bertiga sejak kebelakangan ini dilaporkan sering berjumpa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: