Kilang Samling Plywood terbakar

BINTULU: Kilang Samling Plywood Kemena Industrial Estate, Jalan Kemena di sini terbakar malam ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 9.40 malam.

“Ketika sampai dilokasi kita mendapati kebakaran melibatkan habuk kayu dalam ‘dryer machine’ terbakar namun berjaya dipadamkan oleh pasukan ERT Kilang sebelum pihak Bomba tiba dilokasi,”katanya di sini hari ini.

Katanya,pihak Bomba bertindak membuat pemantauan untuk mempastikan api telah padam sepenuhnya.

“Kebakaran tiada melibatkan kemalangan jiwa,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: