Khidmat cemerlang GPS vs Retorik PH?

Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan melakukan ‘serangan’ balas dengan perkhidmatan yang berorientasikan rakyat ketika Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak Chong Chieng Jen dan PH Sarawak sibuk dengan retorik politik.

Chong dan Ketua PKR cabang Betong Vernon Kedit baru-baru ini menerusi media, mendakwa Sarawak akan terpinggir daripada pembangunan jika negeri ini tidak ditadbir PH.

Mereka berusaha keras meyakinkan rakyat Sarawak, betapa mereka perlu menjadi sebahagian daripada kerajaan persekutuan PH.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri(Hal Ehwal Korporat) Abdullah Saidol berkata adakah PH serius dan ikhlas melindungi hak dan kepentingan Sarawak?

Ketika GPS keluar daripada BN dan sekian lama melindungi Sarawak daripada dimasuki UMNO, Chong dan Vernon pula mahu rakyat Sarawak diperintah oleh PH.

Abdullah dalam masa sama meminta rakyat Sarawak mengingat kembali janji Chong dan PH menjelang pilihan raya lalu.

Antara janji PH ialah memberi royalti minyak 20 peratus, lebih banyak dana pembangunan dan RM10 bilion untuk sekolah daif.

Selain itu, PH juga berjanji untuk mewujudkan 200,000 peluang pekerjaan di Sabah dan Sarawak, dengan pendapatan minimum RM2,500 dalam tempoh lima tahun.

“Adakah rakyat Sarawak percaya mereka akhirnya akan menunaikan janji mereka itu,” soalnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: