Kereta proton Wira terbakar setelah terlibat kemalangan

KUCHING:Sebuah kereta proton Wira tiba-tiba terbakar setelah terbabit dalam kemalangan dengan kereta jenis perodua Kenari di Jalan Tabuan Tranquilty di sini awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata, setibanya ditempat kejadian setelah menerima laporan pada jam 3.39 pagi pihak Bomba mendapati
kereta proton Wira telah terbakar 100 peratus manakala kereta kenari tidak terbakar.

“Ke semua mangsa dalam kedua-dua buah kereta tersebut berjaya keluar dengan selamat sebelum pihak Bomba tiba dilokasi kejadian.

“Pihak Bomba bertindak membuat pemadaman sehingga api berjaya dikawal dan padam sepenuhnya pada jam 4.18 pagi,” katanya di sini hari ini.

Katanya,unit EMRS telah memberi rawatan awal kepada dua mangsa di proton Wira yang cedera seterusnya dihantar ke hospital.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: