Kereta dipandu langgar pokok, dua beradik maut

BINTULU:Dua beradik maut manakala seorang lagi terselamat dalam kemalangan kendiri di Jalan Tanjung Kidurong, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK) Vokasional di sini pagi tadi.

Mangsa yang maut dikenali Meliana Tubun,26(perempuan) dan Tropimus Tamason Tubun,15, (lelaki) akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan anggota badan manakala mangsa yang terselamat seorang kanak-kanak lelaki Syahfiqee Meliana,6.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 10.21 pagi.

“Kemalangan kendiri melibatkan sebuah kereta proton Persona yang dipandu hilang kawalan lalu melanggar sebatang pokok.

“Terdapat dua orang mangsa terperangkap dalam kereta dan disahkan meninggal dunia oleh pihak kesihatan dilokasi kejadian namun seorang budak selamat keluar dan dihantar pihak ambulans ke hospital,”katanya di sini hari ini.

Katanya, pihak Bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang terperangkap menggunakan peralatan khas.

“Kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,”katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: