Kenyataan Maszlee tidak cerminkan demokrasi-Idris

KUCHING:Kenyataan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang mengehadkan kehadiran wakil-wakil rakyat pembangkang ke mana-mana majlis sekolah awam satu diskriminasi yang tidak mencerminkan demokrasi di negara ini.

Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB)
Sarawak, Dato’ Idris Buang berkata, ia juga bercanggah dengan prinsip demokrasi dan mungkin juga tidak sehaluan dengan erti kata ‘kebebasan’ atau maksud Fasal 10 Perlembagaan Malaysia.

“Apakah yang menteri Pakatan Harapan(PH) takut sangat dengan kehadiran wakil rakyat pembangkang ke sekolah?

“Mungkin mereka takut kita berpolitik macam mereka buat dahulu semasa mereka jadi pembangkang,”katanya di sini hari ini.

Menjelas lanjut,Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Muara Tuang itu mempersoalkan adakah adil hanya wakil rakyat PH yang memerintah sekarang sahaja boleh hadir atau mengadakan majlis-majlis di sekolah.

“Jangan lupa rakyat yang memilih wakil pembangkang adalah pembayar-pembayar cukai juga,”katanya.

Beliau berkata, banyak sekolah-sekolah di Sarawak berada dalam keadaan daif dan uzur,ini memerlukan pertolongan wakil-wakil rakyat dari pembangkang seperti Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“GPS serta kerajaan negeri Sarawak sentiasa membantu, memberi dana dan memasti sekolah-sekolah, murid-murid dan para pendidik dibela dan ditolong .

“Ini adalah arahan tetap oleh Ketua Menteri,Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg untuk kami bertindak dengan penuh bertanggungjawab agar pemintaan bantuan dan keperluan sekolah-sekokah diutamakan dan dilaksanakan.

“Walaupun tugas dan tanggungjawab ini sepatutnya adalah terletak di atas kerajaan pusat sepertimana termaktub dalam Perlembagaan.Mana dia naluri keadilan Mazlee?,”katanya.

Menurutnya lagi, Mazlee sepatutnya sudah fokus dengan agenda membantu mengatasi masalah kedaifan sekolah-sekolah seperti di Sarawak, kekurangan warga pendidik dalam mata pelajaran Matemathik, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Sains,bukannya asyik bermain politik.

“Mengehadkan kehadiran ke sekolah-sekolah semata-mata kerana sikap cemburu politik adalah sikap merugikan sendiri dan tidak menunjukkan kematangan,”katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: