Kempen Melawat Sarawak dilancar

Kempen Melawat Sarawak dilancarkan oleh Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg serentak dengan sambutan ambang tahun baru 2019 di Tebingan Kuching, malam Isnin.

Bernama melaporkan Abang Johari berkata industri pelancongan di Sarawak berpotensi untuk pergi lebih jauh.

Pelancongan di Sarawak jelasnya mempunyai potensi sangat besar untuk berkembang kerana memiliki banyak produk yang boleh dibangunkan seperti keindahan alam semulajadinya, gua dan taman negara.

Selain itu, kebudayaan pelbagai suku kaumnya mampu menarik minat pelancong.

“Kerajaan negeri akan memberi tumpuan dalam membangunkan infrastruktur pelancongan di negeri termasuk menaik taraf kemudahan di taman-taman negara dan gua-gua selain pembangunan warisan Kuching,” katanya.

Kerajaan Sarawak katanya mensasarkan kemasukan lima juta pelancong pada 2019 berbanding 4.5 juta orang pada 2018.

Jelasnya, kerajaan Sarawak sedang berusaha untuk meningkatkan kesinambungan udara dan sedang berunding dengan syarikat penerbangan AirAsia untuk menjadikan Kuching hab penerbangannya di rantau ini.

Katanya, untuk itu kerajaan negeri akan membina terminal untuk pesawat tambang murah di Kuching.

Selain itu, Royal Brunei Airlines (RBA) telah memulakan penerbangan terus ke Kuching untuk membawa pelancong dari Eropah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: