Kemeriahan Krismas di Kampung Koran bertukar suram, dua buah rumah terbakar

SERIAN: Kemeriahan sambutan Krismas di Kampung Koran di sini bertukar suram apabila dua buah rumah terbakar petang ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 4.50 petang.

“Kebakaran melibatkan dua buah rumah, di mana rumah pertama jenis struktur separuh kekal dua tingkat terbakar 80 peratus.

“Rumah kedua jenis struktur kekal setingkat pula telah terbakar 50 peratus,”katanya di sini hari ini.

Katanya, dua orang mangsa warga emas pengsan akibat trauma dengan kejadian itu,namun mereka tidak mengalami kecederaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: