Kemalangan maut di Kpg Sg Pinang, Bau.

Terima Laporan kejadian pada jam 08:23:40 – ( 24/11/18 ) Sabtu

Komander Operasi lapor setibanya Pasukan Bomba ditempat kejadian didapati kemalangan melibatkan dua buah kenderaan yang bertembung dibahagian hadapan iaitu kereta jenis Honda Civic dengan Perodua Kelissa.

Kemalangan menyebabkan pemandu Perodua Kelissa cedera parah namun dalam keadaan sedar tersepit dibahagian pemandu manakala penumpang yang duduk dibahagian hadapan dimaklumkan isteri kepada pemandu tersebut dalam tidak sedarkan diri dan tidak tersepit.

Kerja-kerja penyelamatan untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit terus dijalankan dengan menggunakan peralatan menyelamat.

Mangsa diberi rawatan awal dan seterusnya dihantar ke hospital Bau menggunakan EMRS Bomba.

Pemandu dan penumpang kenderaan Honda Civic dikatakan hanya mengalami kecederaan ringan.

Maklumat dari pegawai perubatan hospital mangsa yang tidak sedarkan diri telah meninggal ditempat kejadian.

Mangsa diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan seterusnya.

Operasi ditamatkan pada jam 11:20 pagi.

*Mangsa*

1.Muring anak Tambat – Perempuan ( 47 tahun- meninggal ditempat kejadian )

(info dari Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: