Kemalangan di Stutong Baru, dua cedera

KUCHING: Dua orang cedera dalam kemalangan jalan raya di Stutong Baru di sini malam ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 8.46 malam.

“Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis perodua Myvi telah berlanggaar dengan sebuah kenderaan Van.

“Terdapat dua orang mangsa terdiri seorang lelaki dan wanita di dalam kenderaan Van mengalami kecederaan di tempat duduk bahagian belakang penumpang,”katanya di sini hari ini.

Katanya,pihak Bomba berjaya mengeluarkan mangsa seterusnya diberi rawatan awal oleh unit EMRS sebelum mangsa diserahkan kepada pihak ambulans untuk mendapat rawatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: