Kemalangan di Jalan Serian-Sri Aman, tiga individu terselamat

SERIAN:Tiga individu termasuk sepasang suami isteri terselamat apabila dua kenderaan yang dinaiki mereka bertembung dari arah bertentangan di Bukit Rasau, Jalan Serian-Sri Aman lalu terbakar tengah hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 1.12 tengah hari.

“Pemandu seorang lelaki berumur 61 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan serius kerana sempat keluar dari kenderaan sebelum ia musnah terbakar.

“Manakala pasangan suami isteri masing-masing berumur 48 tahun yang menaiki kenderaan pancuan empat road jenis Toyota Hilux hanya mengalami kecederaan ringan,”katanya di sini hari ini.

Katanya,mangsa yang cedera telah diberi rawatan awal dari Unit EMRS Bomba dan kebakaran tersebut telah berjaya dipadam sepenuhnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: