Kemalangan di Jalan Mukah-Selangau, van langgar lori

MUKAH:Sebuah Van jenis Ford yang dipandu seorang lelaki bersama dua penumpang telah melanggar bahagian belakang sebuah lori yang membawa muatan arang lalu terbabas ke tepi jalan di Jalan Mukah-Selangau pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata,kedua-dua penumpang telah dihantar ke hospital Mukah oleh orang awam manakala pemandu seorang lelaki berusia 35 tahun tersepit dibahagian kaki telah berjaya dikeluarkan oleh pihak Bomba dan dihantar ke hospital Mukah bagi mendapatkan rawatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: