Kebocoran paip air punca tanah susur di rumah panjang Bundan

SARATOK:Kebocoran saluran paip air berdekatan rumah panjang Bundan Sungai Metong Roban di sini menyebabkan tanah menjadi tidak stabil dan susur.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 1.37 pagi.

“Pasukan Bomba menghubungi pihak JBALB untuk ke lokasi dan menutup valve seterusnya membuat pembaikan terhadap paip yang bocor.

“Setakat ini tiada mangsa yang dipindahkan. Pasukan Bomba membuat pemantauan menyeluruh untuk memastikan tiada runtuhan susulan dikawasan tersebut dan menasihatkan penghuni untuk lebih berwaspada sekiranya ada runtuhan susulan,”katanya di sini hari ini.

Katanya,pasukan Bomba juga telah memaklumkan kejadian tersebut kepada pihak yang berwajib untuk tindakan susulan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: