Kebakaran kereta berdekatan Klinik Kesihatan Petra Jaya

Bomba menerima laporan kejadian kebakaran pada jam 08:46:53 (24/11/18) – Sabtu

Komander Operasi lapor setibanya Pasukan Bomba ditempat kejadian didapati sebuah kereta Myvii silver yang dipandu oleh seorang wanita dari arah Semariang menuju ke arah Jalan Masjid Jamek tiba-tiba terbakar dibahagian enjin.

Pasukan Bomba terus membuat pemadaman menggunakan satu aliran saluran bantu mula air dari tangki jentera sehingga api padam sepenuhnya.

Kebakaran telah memusnahkan 90 % kenderaan tersebut.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Operasi ditamatkan pada jam 08:58 pagi.

(Info dari Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: