Kebakaran di Kampung Pueh musnahkan rumah termasuk motosikal

SEMATAN: Sebuah rumah terletak di kawasan kebun Kampung Pueh di sini terbakar pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kes itu pada jam 7.37 pagi.

“Kebakaran itu bukan sahaja meranapkan keseluruhan struktur rumah tidak kekal itu tetapi turut memusnahkan sebuah motosikal jenis Modenas,”katanya di sini hari ini.

Katanya, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: