Kapal kargo terbakar

MIRI:Sebuah kapal kargo terbakar di Kampung Melayu berdekatan Jabatan Marin di sini petang ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kes itu pada jam 4.46 petang.

“Setibanya pasukan Bomba di tempat kejadian didapati kebakaran kecil diruang enjin melibatkan kapal kargo yang sudah tidak digunakan lagi.

“Kebakaran terjadi apabila kerja-kerja pemotongan besi oleh pekerja- pekerja berterusan tanpa pengawalan yang sempurna,”katanya di sini hari ini.

Katanya,pasukan Bomba membuat pemadaman menggunakan satu aliran hos dan satu aliran saluran bantu mula sehingga api padam sepenuhnya.

“Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan kejadian ini,”katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: