KAMPUNG BUDAYA SARAWAK MENJADI TUAN RUMAH BENGKEL MUZIK BERSEMPENA SIMPOSIUM ANTARABANGSA KODA’LY KE-24 2019

Kampung Budaya Sarawak (SCV) baru baru ini telah menjadi tuan rumah untuk bengkel muzik bersempena Simposium Antarabangsa Koda’ly ke-24 2019 (IKS) yang disertai lebih 100 orang dari negara Europa, China, Taiwan, Singapura, Filipina, Indonesia dan Malaysia.

Turut serta dalam aktiviti yang diadakan di KBS ini ialah presiden IKS, Dr James Cuskelly dan pengerusi jawatankuasa penganjur simposium tahun ini iaitu Susanna Saw yang mengatakan bahawa SCV telah dipilih memandangkan ianya terkenal dengan khazanah musik kebudayaan, kesenian dan muzik tradisi yang masih diamalkan.

“Sudah tentu ianya menjadi pengalaman hebat untuk mengadakan salah satu bengkel muzik di SCV … pihak penganjur mahukan para peserta untuk mengalami dengan sendiri kebudayaan Sarawak di satu tempat,” kata Susanna.

Beliau menambah simposium ini diadakan sekali setiap 2 tahun dimana ianya pernah berlangsung di rantau Eropah, Amerika dan Australia. Kali terakhir ia diadakan di rantau Asia tenggara (ASEAN) ialah pada tahun 1997 di negara Filipina dan bandaraya Kuching telah dipilih untuk menjadi tuan rumah untuk simposium tahun ini yang berlangsung selama
lima hari dari 5 hingga 9 Ogos lalu.

“Selepas 22 tahun, simposium ini diadakan dirantau ASEAN dan bandaraya Kuching telah dipilih untuk menjadi tuan rumah,” kata Susanna mengenai simposium ini yang bertaraf antarabangsa dan berfungsi sebagai platform untuk pendidik muzik, ahli muzik, ethnomusicologists melibatkan diri, menyokong dan memupuk koneksi dengan rakan rakan
yang lain.

Selain daripada menyertai aktiviti aktiviti menarik di SCV, para peserta turut mengambil bahagian dalam forum lagu lagu masyarakat yang bertempat di Dewan Lagenda SCV dan di antara ahli panel yang dijemput hadir ialah Dr Jerry Jaccard dari Amerika Syarikat, Dr Shinji Inagi dari Jepun, Dr Chong Pek Lin dari Malaysia, Tommyanto Kandisaputera dari Indonesia, Maria Theresa Vizconden-Roldan dari Filipina dan Dr Pawasut Jodi Piriyapongrat dari Thailand.

Semasa di SCV, ada dikalangan peserta turut membuat persembahan tarian dan nyanyian termasuk Megan Flint yang menari serta mendendangkan lagu lagu dari Aotearoa, New Zealand.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: