Kain rentang bantahan di Bintulu dituju kepada siapa?

Macam-macam kain rentang dinaikkan sepanjang jalan sekitar bandar Bintulu pada hari pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Tidak dinyatakan secara jelas pada kain rentang yang ia menunjukkan bantahan terhadap langkah Bersatu meluaskan keahliannya di Sarawak.

Apa yang ditulis, antaranya:-

1. Sarawak untuk orang Sarawak.

2. Orang luar pergi jauh-jauh.

3. Kami enggai ke parti Malaya.

4. Kami tak perlu parti luar.

Beberapa media dalam talian baru-baru ini melaporkan Bersatu di Sarawak kini mempunyai 15,000 orang.

Dijangka bilangan itu bertambah selepas dilancarkan hari ini oleh pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri.

Pelancaran itu dilakukan di Dewan Suarah Bintulu pada malam ini.

Bintulu merupakan bandar pengeluar minyak dan gas.

Bersatu merupakan salah satu parti membentuk Pakatan Harapan.

Pakatan Harapan berjaya menumbangkan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum pada Mei 2018.

Sejarah politik negara yang sudah pasti diingat sampai bila-bila.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: