JKT sertai Kuching FA, bukan Sarawak FA

Foto: Kuching FA

Teka teki mengenai nasib bekas pemain bolasepak Sarawak dan kebangsaan, Joseph Kalang Tie kini terjawab apabila laman sosial rasmi FB Kuching FA hari ini mengesahkan JKT menyertai kelab mereka.

Melalui gambar yang dimuat naik tersebut, JKT dilihat menandatangani dokumen (kontrak) dan bersalaman dengan Pengurus Kuching FA yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri N.6 Tupong, YB Fazzrudin Abdul Rahman.

Dengan berita ini, maka tertutuplah harapan dan spekulasi penyokong Ngap Sayot agar JKT menyertai semula pasukan bolasepak Sarawak FA yang penuh dengan kontroversi pengurusan.

Saksikan kelibat JKT bersama Kuching FA di Liga M4 Malaysia.

#sayangsarawak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: