Jika Sarawak ditadbir PH?

Adakah benar jika Sarawak jatuh ke tangan Pakatan Harapan menerusi Pilihan Raya Negeri akan datang, susah hendak memperjuangkan hak negeri yang terhakis.

Itu pendapat Anggota Parlimen Santubong, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang merupakan pemimpin PBB.

“Jika kerajaan PH tidak mampu menunaikan janji menerusi manifesto, tidak ada sesiapa akan percaya PH akan berlaku adil kepada Sarawak apabila mentadbir kelak,” ujarnya dipetik menerusi laporan DayakDaily pada 26 Nov 2018.

Pemimpin PH Sarawak ‘mengesyorkan’ baru-baru ini agar pengundi memilih parti itu pada pilihan raya negeri seterusnya yang perlu diadakan selewat-lewatnya pada tahun 2021.

Pengerusi PH Sarawak, YB Chong Chieng Jen berpendapat negeri itu tidak elok terus menerus menjadi negeri pembangkang.

Star Online melaporkan, jika ini berterusan, ia mungkin menjejaskan pelan pembangunan oleh Kerajaan Pusat.

Isu hak Sarawak yang terhakis adalah isu hangat dan sentiasa panas.

Sarawak memiliki keistimewaan seperti tertulis dalam Perjanjian Malaysia 1963.

Satu jawatankuasa pemandu telah ditubuhkan di peringkat persekutuan, dipengerusikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad.

Keanggotaan jawatankuasa itu antara lain turut menyertakan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: