Jawablah soalan, bukan berdialog, YB Nancy Shukri kepada YB Gobind

Catatan FB Anggota Parlimen Batang Sadong, YB Datuk Seri Hajah Nancy Shukri berkenaan isu kebebasan media kepada menteri Gobind Singh.

Datuk Seri Nancy….

Menteri sepatutnya menjawab soalan, bukannya berpolitik di dewan.

Apabila YB Cheras mengemukakan soalannya yang ingin mengetahui sama ada kerajaan akan mengkaji cadangan menghadkan pemilikan saham pemimpin politik atau parti politik terhadap sesuatu syarikat media, Menteri dengan terus terang berkata perkara itu akan dikaji.

Tetapi apabila saya meminta Menteri mengenai dasar liputan media yang diberikan di Sarawak, daripada menjawab soalan saya, Menteri pula berdialog dengan saya mengenai dasar Sarawak yang tidak membenarkan Pakatan Harapan menggunakan Dewan Komuniti.

Perkara tersebut adalah sangat jauh dari soalan asal saya.

Menteri kemudian berkata kebebasan tersebut perlu dilihat daripada beberapa sudut.

Daripada sudut manakah Menteri menjawab soalan saya apabila perkara yang disebut tersasar jauh dari soalan asalnya?

Seperti yang telah saya katakan di Dewan, jangan campur adukkan dasar liputan media dan dasar Negeri Sarawak.

Ini adalah dua perkara yang berbeza. Jelasnya Menteri masih ingin mempolitikan apa-apa isu sahaja di parlimen.

Menteri terlalu beremosi seolah-olah masih parti pembangkang.

Sudahlah berpolitik dan berilah tumpuan menunaikan janji.

Berikut pula Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh (dipetik menerusi laporan Astro Awani)
Tak perlu berbicara atau meminta kebebasan media kalau diri sendiri pun tidak mengamalkan apa yang diminta.”

Itu kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo ketika menjawab soalan Datuk Seri Nancy Shukri (PBB-Batang Sadong) yang ingin mengetahui tentang komitmen kerajaan dalam isu penyiaran berita tempatan Sarawak di Semenanjung.

Gobind dalam jawapannya bagaimanapun mempersoal tindakan kerajaan negeri yang dakwanya tidak membenarkan wakil kerajaan pusat untuk hadir dalam majlis mereka untuk dibuat liputan.

“Saya sebutkan secara jelas, apabilaada events dikendalikan kerajaan negeri, liputan itu diadakan. Tapi bila kita lihat negeri keluarkan beberapa pekeliling, di mana tak dibenarkan wakil Pakatan Harapan untuk hadir program mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: