Jari kanak-kanak tersepit di Tabika

SERIAN:Seorang kanak-kanak bernasib malang apabila jarinya tersepit di sekolah Tabika Kemas di Kampung Taee di sini pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 9.14 pagi.

“Setibanya dilokasi kejadiaan didapati ibu jari kanak-kanak lelaki yang berusia enam tahun tidak dapat dikeluarkan pada lubang kerusi plastik.

“Pihak Bomba menggunakan SOS Rescue Tools dan mengambil masa 10 minit bagi mengeluarkan ibu jari kanak-kanak tersebut,”katanya di sini hari ini.

Katanya,mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan pada jarinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: