Jangan pula ada yang kata selama ini kerajaan tak buat apa-apa

Tidak adil menuduh kerajaan tidak pernah berbuat apa-apa bagi membangunkan negeri Sarawak.

Dato’ Murshid Diraja Dr Juanda Jaya berkata selama ini banyak yang telah dibuat pemerintah negeri Sarawak.

“Jangan pulak ada yang kata selama ini (kerajaan) buat apa? Selama ini banyak yang telah dibuat,” jelasnya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan (2019) dalam sidang Dewan Undangan Negeri Sarawak pada Jumaat di Kuching.

Kini katanya masa untuk menaik taraf dan memastikan ia setanding dengan tempat lain.

“Kalau (kerajaan) tak buat apa-apa masakan ramai yang boleh jadi terpelajar dan duduk sihat walafiat dalam Dewan yang mulia ini.

“Hargailah apa yang kita ada walaupun wujud kelemahan dan kekurangan,” katanya.

Mengenai cukai jualan lima peratus dicadangkan kerajaan negeri terhadap produk-produk petroleum, Dato’ Juanda berkata pihak yang mendakwa akan menyebabkan harga produk tersebut meningkat adalah silap.

“Alamak mereka ini tahu ekonomi ke tidak. Faham atau tidak supply dan demand. Cukai ini tidak akan menjejaskan harga produk dalam pasaran,” jelasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: