Jambatan Krian & Saribas pelengkap perhubungan pesisir

Sosioekonomi rakyat diutamakan Kerajaan Negeri Sarawak, ini dibuktikan dengan pembinaan jambatan-jambatan di laluan jalan pesisir.

Laluan jalan pesisir membabitkan laluan merentasi muara sungai, dan pada masa ini pengguna menggunakan feri untuk menyeberang sungai.

Dari Kuching ke kawasan pesisir wilayah tengah Sarawak, pengguna laluan pesisir perlu melalui Jambatan Samarahan yang dah siap dan feri tidak lagi digunakan.

Menyusur terus ke utara, pengguna akan melalui Jambatan Batang Sadong yang juga sudah siap dan digunakan.

Apabila tiba di muara Batang Lupar, berdekatan pekan Sebuyau, pengguna laluan pesisir perlu menggunakan feri menyeberang untuk tiba di Maludam dan Beladin. Jambatan muara Batang Lupar belum dibina tetapi sudah dalam perancangan kerajaan negeri Sarawak.

Laluan seterusnya ialah pekan Pusa. Untuk ke pekan ini, pengguna perlu menggunakan feri Btg Saribas.

Seterusnya menggunakan feri Krian yang menghubungkan Kabong, Sessang, Nyabor dan Selalang.

Dua feri ini dalam beberapa tahun lagi akan digantikan dengan jambatan.

Hari ini Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg merasmikan pecah tanah bagi pembinaan Jambatan Krian di lokasi projek.

Jambatan Sungai Krian sepanjang 690 meter ini dijangka siap dalam tempoh 36 bulan, iaitu pada 24 March 2022.

Manakala Jambatan Saribas dijangka siap dalam 36 bulan atau dijadual siap pada 2 June 2023.

Ia dibina dengan panjang 1,550 meter.

Kerajaan Negeri Sarawak melalui projek Jalan Pesisir merancang membina tujuh projek jambatan lagi iaitu; Batang Rambungan, Batang Lupar, Batang Igan, Batang Saribas, Sungai Krian, Batang Paloh, Muara Lassa dan Batang Igan.

Apabila siap semua projek perhubungan yang dirancang Kerajaan negeri inj, perjalanan dari Kuching ke wilayah tengah dan utara menerusi laluan pesisir, akan lebih singkat masa perjalanan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: