Jambatan gantung di rumah Tindit Nanga Kesit runtuh

SRI AMAN:Jambatan gantung di rumah Tindit Nanga Kesit,Lubok Antu tiba-tiba runtuh petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata,pihak menerima panggilan berhubung kes itu pada jam 5.16 petang.

“Setibanya di lokasi didapati sebuah jambatan gantung kegunaan harian penduduk kampung runtuh.

“Difahamkan ia berpunca daripada air yang deras dari hulu sungai di mana ia menyebabkan pergerakan penduduk kampung terbatas,”katanya di sini hari ini.

Katanya,tindakan pihak Bomba ialah membuat pemantauan keadaan jambatan dan memastikan keselamatan penduduk kampung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: